aku cuba

alhamdulillah, ala kulli.

aku memang jarang menulis. sangat jarang update. tapi, bila aku down, aku akan baca balek apa aku post. dia kasik semangat. mungkin sebab setiapkli aku post, adalah saat jatuh. saat brpaut dengan sangat kuat. mungkin juga saat aku mula berdalih.

allah tu baik, kan? 🙂

when you feel all alone in this world,
and theres nobody to count your tears,

saat makin terasa beratnya bebanan dakwah, saat terasa sukarnya ijazah yang dipikul. air mata mula menjadi sangat murah

so cheap, that you could hardly keep.

you see, we all have a path to choose,
throuh the valleys and hill we go
with the ups and the down
never fret never frown, girl

why?

cause, allah knows

biarlah ditipu, ditinggalkan, diperlekehkan malah dipertikaikan pilihan jalanan dakwah kita. jika kerana allah, pasti allah akan mengganjarinya, bukan?

dan siapaka yang lebih baik agamanya daripada orang yang dengan ikhlas berserah diri kepada allah, sedang dia mengerjakan kebaikan, dan mengikuti agama ibrahim yang lurus? dan allah telah memilih ibrahim menjadi kesayanganNya (4:125)

milik allah apa yang dilangit, dan dibumi. termasuk apa akan terjadi esok, dan milik allah jugalah jalan dakwah ini.

aku cuba berdiri, dn meneruskan perjalanan. saat aku melihat kiri dan kanan, ramai yang sedang berlari jauh. dan mungkin mempertikaikan pilihan aku.

memperlekehkan barangkali.

astaghfirullah. syaitan itu sedang bertepuk tangan. melihat orang muslim mula berprasangka.

biarlah, apa orang nak kata, fatimah. move one, je. cause allah knows.

jika benar engkau berlari jauh meninggalkan aku, ukthi. tunggu aku di pintu sorga. aku sedang  merangkak ni. sebab struggle gua susah :’)

moga allah redha. doakam aku mati dipuncak keimanan tertinggi. dan selesai tugas, semampu gue :’) allahu raabi. terlalu rindukan syurga, kerana dunia terlalu menyesakkan

bumi jatinangor, 0611 pagi. kurang seminggu nak final

jzkk ukhti, for the song “allah knows”. He just knows me well enough 🙂

Posted in Uncategorized | Leave a comment

pelukan hidayah

alhamdulillah, ‘ala kulli hal. ‘ala kulli nikmah

semoga allah menerima setiap amalam kita, dan niat kita.

jazakillah khayr ukthi, atas perkongsian tempoh hari. rasa seperti menggetarkan jiwa, dan membasahkan. biarlah airmata menjadi saksi kita semua.

pelukan hidayah.

saya yakin, semua pasti pernah merasainya, sedar atau tidak. yang membezakan adalah masa dan tempat.

inilah yang menggerakkan rasulullah. yang membekalkan rasulullah. dan menghidupkan ‘ruh’ rasulullah.

allahumma solli ‘ala saidina muhammad.

pelukan pertama jibrail kepada rasulullah. penuh makna. penuh simbolik

di saat itulah, pertama kali rasulullah bertemu dengan jibrail. di saat itu juga, pertama kali rasulullah menerima wahyu. disaat itu juga, rasulullah merasakan akan ada satu bebanan yang akan dipikul untuk hari hari mendatang. disaat itu lah, rasulullah merasakan, telah berlalu masa tidur baginda.

nah, itulah saatnya, baginda tahu.. tujuan hidup. tujuan kita semua hidup!

**
beban hidup, bersama dakwah. beban dakwah itu

“Sesungguhnya Kami (Allah) akan menurunkan kepada engkau perkataan yang berat” (73:5)

apa yang berlaku lepas tu? sosok tubuh yang dikenali ramai dengan akhlaq mulianya, amanahnya, ihsannya, budi pekertinya, jujurnya baginda. saat menyampaikan kalimah esa tauhid..di saat itu juga, ramainya orang mencemuh, mencerca, menghina dan segala macam penghinaan. huu

namun, sangat sedikit yang mengikut dan membenarkan. semoga allah merahmati mereka

persoalannya, bagaimana baginda bisa mengharungi semua itu? ada preparation ke yang allah bagi dan sediakan sebelum tu?

ada

kalau kita tengok, dan menyelusuri sirah rasulullah. yang digariskan mustafa sibae dan ramadhan albuti. setiap satu peristiwa sejak sebelum baginda dilahirkan adalah persediaan dan tarbiyah. persediaan yang cukup rapi, malah lengkap. allahu akbar.

sebenarnya kita juga begitu, tanpa disedari. setiap satu perstiwa adalah persediaan dan tarbiyah 🙂

termasuklah peristiwa pertama rasulullah menerima wahyu. bertemu dengan jibrail. dan menerima satu pelukan yang sangat hebat.

itulah pelukan hidayah. pelukan pertama rasulullah

simboliknya? itulah pelukan semangat yang diterima rasulullah. disaat itu, baginda sedar yang akan berlaku pelbagai rintangan dan mehnah ujian.

pelukan yang saat erat dan menyesakkan itu, adalah sebenarnya sentuhan pertama rasulullah ditarbiyah. sentuhan basah dan menggerakkan.

sesak sampai nak nangis? sesak sampai batuk? sesak sampai nak pengsan..?sesak itulah yang kita akan ingat sampai bila bila

macam kita. pasti ada satu moment, yang menyesakkan kita. tapi berjaya menggerakkan kita. sentuhan pertama itu, berjaya mengeluarkan kita dari comfort zone sebenar. sentuhan itu juga telah membekali kita untuk mengharungi hampir semua mehnah dan ujian,

yang satu masa dahulu..kita rasa macam impossible dan tak mampu

hakikatnya, sebenarnya..kita mampu je. kalau kita dibekali dengan bekalan yang cukup dan betul

kalau ikut mustafa mashur, dalam bekalan di jalan dakwah, beliau menggariskan yang pertama adalah keimanan yang jitu dan bersih, dan untuk menggapaainya..mestilah ada ma’iyatullah (baca: kebersamaan dengan allah)

**
dan aku, di saat ini. sangat lost dan keliru. keliru dengan keadaan sekeliling. keliru dengan gerak kerja semuaorang. rasa down dan putus asa sering menerpa dan bertanya khabar. masalah hati, tak payah cakap la. nasib cinta dunia dan takut mati belum menjengah. masih otw barangkali. na’udzubillah T.T

entahlah.

dan waktu yang sama, sangat merindukan pelukan hidayah. pelukan pertama itu. pelukan yang menggerakkan dan membersihkan itu.

dan aku akan memulakan pencarian itu semula. semoga allah memudahkan dan meredhainya.

counting days **

wallahu a’alam
ps: doakan aku mati, di puncak keimanan paling tinggi. dan kamu juga. jzkk

Posted in Uncategorized | Leave a comment

gave it up, all for You :’)

amaran, kena baca sampai habes. istighfar dan mula dengan basmalah :’)

*sambil mendengar lagu raef, membuatkan saya nak menaip. dah lama tak menaip :’)

dakwah itu susah,
dakwah itu membebankan dan merunsingkan,
dakwah itu menghambat banyak perkara,
dakwah menghalang ramai orang utk mengejar cita cita,
dakwah itu menghalang seseorang utk bergembira,
dakwah itu macam macam. semua yang menstresskan. saya tak boleh jadi diri saya yang saya nak..

ya, saya stress dengan dakwah. sebab banyak benda saya tak boleh dapat.

:’) awak? kalau pernah rasa, atau sedang rasa. saya nak kongsi sesuatu..yang saya belajar semalam :’)

sambutan eid adha saya di bumi jatinangor 🙂 satu perkongsian yang sangat memberi impak pada saya..memberi semangat semula..memberi cahay semula setelah terpadam buat seketika waktu..

oh, ya. bagi yang disekeliling saya, mungkin perasan. mungkin juga tidak. dua tiga minggu ni, saya seperti tidak keruan. seperti hilang arah. seperti..seperti ingin putus asa. oh. mungkin hanya pada yang betul betul perhati..

masalah usrah sendiri. membawa dua usrah adik, menjadi murjem, murgan, muwajih. eh. masalah akhawat. masalah hati. masalah diri. semua masalah la, pokoknya. haha.
tapi pointnya, semua masalah ini adalah hasil dari masalah keimanan kita. huu. sebab apa? sebab ia reflek bagaimana hubungan kita dengan allah. dan saya sangat sedih, sebab saya tak mampu membaikinya, menanganinya, apatah lagi mengatasinya 😥

mungkin luaran tampak normal, dan saya tak nafikan, sebab saya memang akan tampak senormal yang mungkin 🙂 eh

Yes everyday I’ll try to be as true as I can to You
‘Cause loving You the best I can
Will always be my number one and only plan

-raef

saya cuba utk melakukan dengan hati yang terbuka. hati yang berbunga. hati yang berserah. kerana dulu, saya pernah merasainya,serta menyaksikannya :’)

They say: “You’re out of your mind”
“Don’t you know that love fades away?”
They say: “It only brings you pain!”

-raef

kerana cinta? harusnya bisa sih 😉 dan kerana cinta kan pencipta langit, harus lebih lagi impaknya.

But what I feel is so real!
I gave it up and turned to You
‘Cause I know what your love can do
O Allah open up our hearts
And make us feel how it’s so real with You!

-raef

🙂 kemana hilangya?

mungkin aspirasi cinta telah berubah. dan harus diperbaharui. tajdid niat, bahasa mudahnnya..

bahasa memang mudah..perlaksanaanya gimana? semudah menyebutnya?

qorban itu, terjemahan bahasa CINTA
bahasa CINTA IBRAHIM pada TUHANnya, mengatasi rasa cinta pada zuritat yang lama terhenti
bahasa CINTA ISMAIL pada PENCIPTAnya, menongkah rasa cinta pada kehidupan, menyerah batang tengkok pada sebuah maut,
bahasa CINTA HAJAR pada RABBnya, terbuang kepedulian nasib diri dan sang bayi, menapaki hidup di tengah seluas padang pasir
-quoted, FB

raya haji kali ni, telah memberi penjelasan tentang pengorbanan yang sebenar (mungkin. eh)

I gave it up all for You
And there ain’t nothing that I won’t do
All I know deep down inside
It’s what I feel and it’s so real with You!

-raef

pengorbanan itu CINTA. tanda cinta kepada selayaknya. buktinya..?pengorbanan yang kita buat. kerana ukuran pengorbanan, bisa juga membuktikan tanda keimanan kita, pada sang pencipta :’)

berdakwahlah kerana cinta.
cinta yang membuah, dan rasa manisnya buah itu, dirasakan oleh si pemakan.

oh ya, saya tak nafikan. penyelasan yang dirasakan tentang dakwah diatas, itu benar. tapi hanya akan terasa bila kita meletakkan limitasi atau boundary kepada cinta kita. kita akan terasa limitnya dunia dan cita cita kita. kerana kita mengharapkan sesuatu kepada apa yang kita cintakan..

tapi tu lah. hakikatnya, cinta yang sebenar, tiada sempadan. boundless. tu lah cinta hakiki pada ilahi. buat dakwah pun, berbunga bunga. sebab kita tahu, ada Allah bersama kita.

ya, Allah akan sentiasa bersama. cuma kita yang kena jelas, kemana kita menyeru manusia. supaya kita tak penat. eh

satu lagi benda. pasti semua pernah merasainya, apa yang saya rasa tentang dakwah tu. tapi, melebihi itu semua, satu benda yang saya selalu terlepas atau lupa. adalah, ganjaran olehNya. ganjaran yang sering dikejar oleh para nabi dan sahabat. tu yang memotivasikan mereka supaya lebih maju kedepan tanpa berdalih

jom jadi seperti mereka. lillah 🙂

allahumma amin :’) doakan saya, doakan semua

Posted in Uncategorized | Leave a comment

nilai null koma satu

Nilai koma Satu

Kalau di Indonesia, titik dibaca koma. Seperti 0.1 bacaannya, null koma satu. pastinya keliru buat pertama kali. Tertukar titik dan satu.

Nilai 0.1 cukup besar. Walaupun bila dilihat di pembaris, 0.1cm itu hanya sebesar…0.1cm. kena kecikkan mata baru bias baca. Tapi, cukup besar nilainya, untuk mencukupkan sebuah nilai. Dari 1.9cm. pastinya memerlukan 0.1 untuk menjadi 2.0 J err. Dapat ka?

Hari ni, saya belajar sesuatu yang baru. Hmm. Mungkin dah lama. Tapi, cukup segar setiap kali mengingati peristiwa ini.

Tiada yang lebih berharga, apatah lagi bernilai, selain tarbiyah dari langit. Tarbiyah ilahi ❤

Buat sahabat sahabat yang sama kapal dengan saya, pastinya mengerti. Erm, mungkin yang pernah naik kapal macam saya..pastinya lebih mengerti, kan?

Hari ni, hari bersejarah buat semua orang. Semuanya punya pelbagai kisah yang ingin diceritakan. Semuanya punya warna warni tersendiri yang ingin dikongsi. Ini kisah saya. Kisah tarbiyah hati saya.

Tarbiyah hati saya, bernilai 0.1 😉

SOCA syndrome. Pasti yang mengenalinya sudah banyak kali didiagnosis sedemikian. Tak dia, awak. Tak awak, saya..semua pernah rasa.

Untuk hari ini, buat pertama kalinya, saya terlupa concept map. Kertas flip chart saya kosong. Yang ada hanya ID patient, chief complain, dan etiology. Selebihnya, pathophysiology dan pathogenesis, tidaklah Berjaya saya perahkan keluar dari otak ini.

Oleh hal yang demikian, tanpa perlu berfikir panjang, saya sudah boleh agak, yang saya akan tidak lepas. Erti kata lain, tidak lulus (gagal macam sadis sangat..). Disebabkan ini, awal awal presentation saya, telah pun saya mohon maaf, kepada examiner, yang saya tidak Berjaya siapkan concept map, tapi saya akan cuba yang terbaik untuk membentangnya.

Sungguh, susunan allah mengatasi segalanya. Tarbiyah langit itu melebihi segalanya.

Alkisahnya, sebelum hari ini. Pastinya, usaha tidak tidur malam itu, dilakukan oleh semua orang. SOCA syndrome la katakan. Tidur tak nyenyak. Makan tak kenyang..mandi, mungkin basah. Tapi, hakikatnya, semua tahu. Yang sunnahtullahnya, yang berusaha pasti Berjaya. Maka, sebelum tu lagi, semua orang bertungkus lumus menghabiskan masa untuk mengulangkaji kes, menghafal kes. Dan melazimkan tulisan dan lidah dengan kes.

Hakikatnya, satu benda yang kita selalu lupa, adalah, kuasa allah mengatasi segalanya. Tidak kira, yang dikurniakan itu kejayaan atau kegagalan. Boleh jadi, usaha kita tidak setimpal dengan nilai yang dikurniakan. Mungkin seharusnya lebih, mungkin juga seharusnya kurang.

Tapi, semua tu diberi sebab yang paling sesuai dan terbaik buat kita.

Dan, Alhamdulillah. Saya bersyukur dengan ujian yang diberi buat saya dan teman teman. Pastinya, ianya tanda cintaNya, bukan?

Dengan teman? Yaup, dengan teman. Sebenarnya, untuk ujian hari ni, bukan saya seorang ja diuji olehNya. Ada orang lain yang juga diuji nilai cinta mereka. Nilai redha mereka.

Mungkin, buat sebahagian, ada yang perlu remedial kerana tidak melepasi nilai cut off point lulus..iaitu 56. Diuji tanda tawakkal dan redhaNya

Mungkin, ada juga sebahagian, yang diuji dengan tidak bias langsung mengambil ujian SOCA. Diuji demi menilai tahap keredhaanNya

Mungkin, ada juga sebahagian, yang diuji tanda syukurnya. Dengan nilai yang telah diperoleh..mahu compare dengan yang lain? J

Lho, kok bias diuji beda beda?

Pastinya..dan semuanya, sesuai dengan kemampuan kita J allah tu kan baik, MAHA BAIK. mana mungkin Dia mahu menzalimi kita

Tidak kira, nilai SOCA kita. Status SOCA kita. Dia menguji kita, tidak lain hanya untuk menaikkan darjat hambanya. Satu tangga lebih tinggi. Mahu terima nggak ujianNya? Satu tangga naik, beerti satu tangga lebih dekat.

Di mana kisah tarbiyah hati saya, yang bernilai 0.1? hehe

Begini, kisahnya. Sejak awal lagi, Saya sudah pun bertekad untuk tidak langsung merasai apa apa, terasa apa apa dengan segala bentuk keputusan yang dikurniakanNya. Saya cuba untuk redha, dan tawakkal.

Ini bukan sekali, saya jumpa pak cik kegagalan. Dan saya rasa, selagi soal hati redha saya belum settle, pastinya diuji. Atau mungkin juga sesuatu yang lain allah mahu tarbiyah saya. Tarbiyah yang lebih membersihkan. Makanya, saya sudah bertekad..untuk meredhai keputusanNya..

Naa, pastinya. Hamba itu pasti diuji dengan apa yang dijanji bukan? Dan sebenarnya, saya cuba untuk menerima. Dan tadi, waktu saya berdiri dihadapan examiner, peluh besar mengalir. Keputusannya, as expected.. dan saya bersyukur

Nilai null koma satu itu, diuji sebaik saya keluar dari ruang uji.

Dimana, hati saya mula tergerak. Sebesar 0.1cm (baca: null koma satu) rasa sedih. Rasa terkilan. Hati mula dipenuhi persoalan. Syaitan mula jentik jentik, nak goyahkan hati.

Aduh, ini parah. Astaghfirullah al-‘adzim

Azan. Saya bersegera langsung ke as-syifa nak solat. Takut tak tahan :’)

Usai solat, pusing belakang. Saya jumpa dengan teman teman. Yang nasibnya belum diketahui akan keputusan SOCA. Diulang. Diterima, atau tidak. Mereka langsung tidak berpeluang untuk diuji SOCAnya.

Saya? Sudahpun lepas fasa uji, hanya tunggu remedial hari khames, masih tidak bersyukur dan mahu mempersoalkan susunannya?

Istighfarlah, fatimah.

Allah punya cara tersendiri membersihkan hambanya. Dan ini kisah tarbiyah hati saya. Untuk lebih bersyukur. Lebih maju ke depan. Lebih osem dan kool dimataNya

Buat teman teman, mari kita ambil ni sebagai tarbiyah yag membersihkan. Ada sesuatu yang allah nak kita belajar. Kalau yang ada remedial, allah mungkin nak ajar kita usaha lebih gigih. Kalau yang remedial kali ke dua. Allah mungkin nak ajar kita double gigih, sebab dia sayang korang lebih. Buat yang yang akan ambil sekalian dengan yang lain hari khames, mungkin allah nak bersihkan kita. Buat yang keputusannya tidak seperti yang diinginkan, mungkin allah nak uji tanda syukur kita.

Baik, kan allah? Dia akan sentiasa uji, baik senang baik susah. Hanya untuk hamba yang dia sayang. Supaya lebih bersih hatinya, dan lebih dekat denganNya

Okeh. Sekarang, di bumi tarbiyah jatinangor, sedang hujan. Jom doa 😉

Semoga allah membasahkan hati kita, seperti basahnya bumi bandung ini ❤

Saya yang penuh noda,

Saja nak berkongsi 😉

Chaiyok chaiyok teman

Posted in Uncategorized | 1 Comment

langkah tercipta

Image

dengan nama sang pencipta, yang penuh kasih sayang. allahu rabbi

telah berlalu sebuah masa,

masa yang menyaksikan setiap gerak geriku di jalan ini.

moga allah redha :’)

 

mencari asbab yang lebih besar untuk menaip sebuah post. bukan semangat. bukan emosi. hanya kefahaman yang ku pinta. yang ku harapkan adalah pembentukan fikrah, untuk aku dan kamu. tidak lain tidak bukan, lebih mendekatkan diri ku ini dengan sang pencipta.

langkah tercipta. ya, terciptanya langkah ini memerlukan asbab yang kuat untuk aku teruskan. sungguh, ianya bukan perkara mudah.

yang ku pinta sekarang, adalah cintaku terhadap jalan ini, mengalir ke setiap orang yang ku sayang. tidak kira, yang sebelah telinga, mahupun seberang laut sana. 

moga allah menjadi saksi ^^,

Image

fatimah anuar, jatinangor

Posted in Uncategorized | Tagged | Leave a comment