eh, seronoknya :)

seronoknya jadi hafizah dan hamilah (kedua duanya bukan nama sebenar) dan bukan juga nama samaran. tapi gelaran, buat mereka yang istimewa. eh, apa tu hafizah dan hamilah? hafizah mesti selalu dengar, penjaga, kan. hamilah? pendukung. kedua dua ni dikaitkan dengan penghafaz al-quran. eee, seronoknya dapat hafaz 30 juzuk !

tiba tiba rasa menyesal pulak, zaman jahiliah dulu tak bersungguh nak hafal alquran. sekarang dah tua baru tersentak. gara gara adek masuk tahfiz laa nih. terima kasih, hajar.

tadi hantar Ruqaiyah pergi interview MRSM Gemenchih, aka Ulul al-bab. seronoknya kembali zaman persekolahaaaan, rindu. oh, kembali kepada menjadi hafizah tadi. tiba tiba teringat Hajar kat MITIB. oh, bahagianya dia dan kawan kawan dia dapat hafaz al-quran. buat Ruqaiyah, timah doakan supaya awak dapat sekolah yang terbaik untuk awak. MITIB dan MRSM Gemenchih, dua dua sangat bagus. betul timah tak tipu, insha Allah, lebih baik dari sekolah lama timah. bukan apa, kat sekolah lama timah, hafaz al-quran bukan misi utama. setakat hafaz untuk PAFA je, buat apa. hmmm, bersyukur la korang (tapi timah masih bersyukur sebab sekolah kat situ)

terima kasih, Hajar. selepas Hajar dimasukkan MITIB, baru timah nampak keindahan hafaz Al-Quran. lagi terbuka mata bila dah masuk KMB nih. sungguh, timah ditutupi dengan hijab selama ni. alhamdulillah. sebab bila umi masukkan hajar ke MITIB, Allah bukak balek mata timah dengan keindahan Islam, dan Quran tu sendiri. hmmm, tak tahu nak cakap apa, sedih campur gembira.

oh, timah tak malu kalau nak suruh orang jadikan Hajar idola, berbanding timah. macam kawan ruqaiyah, sarah. timah apa la sangat, setakat 2 juzu’ dan SPM? SPM bukannya boleh bawak ke akhirat kelak, apa nak dibanggakan. tolong kat akhirat pun belum tentu. al-quran, mashaAllah, syafaat dia sangat besar, beruntunglah mereka yang menghafaz al-quran, sungguh !

ada satu kejadian kat MITIB, time nak hantar ruqaiyah interview. kawan hajar, seorang hafizah tegur timah.

hafizah : adik Hajar, ke kakak Hajar?

timah : kakak dia, kawan Hajar ke?

hafizah : oh, ha ah. tapi senior dia, kami satu dorm

(berlaku perbualan, tapi bukan untuk dikongsi…)

hafizah : akak kat mana sekarang?

timah : insyaAllah kat KMB.

hafizah : (terkejut sambil buat muka penuh membanggakan) hah, kat KMB, alhamdulillah…akak, akak….nak.. nak..(tak terkeluar kata katanya)

timah : fly? haha(gelak kecil) insyaAllah, kalau ada rezeki, dua tahun lagi, doakan ae dik. (tersenyum)

hafizah : mashaAllah, seronoknya jadi akak. insyallah…

(berlaku perbualan, tapi bukan untuk dikongsi..sebab tukar topik)

dik hafizah, apa nak dibanggakan sangat. setakat SPM, akak lagi bangga dengan kejayaan awak mampu hafaz Al-Quran. dalam hati je akak mampu cakap, sebab awak dah tukar topik. kalau nak diikutkan, ye memang alhamdulillah, keputusan SPM yang membanggakan, tapi tak kemana pun, setakat luar negara. awak, hafaz Quran, berjuzu’ juzu’, hah. insya Allah, Quran yang jadi syafaat kat akhirat kelak, itu lagi patut dibangga kan. seronoknyaaa.

oh, buat Hajar dan Ruqaiyah, ambillah segala peluang yang ada untuk menghafaz al-quran. sejuk hati umi dan abah, lebih lebih lagi sebab anak yang menghafal al-quran mampu memberi syafaat kepada ahli keluarganya kelak kat akhirat, insyaAllah. timah doakan yang terbaik untuk korang. oh, doakan timah sekali, supaya mampu untuk hafaz quran macam korang jugak. mungkin tak dapat sebanyak korang, tapi semampu timah, insyaAllah. kalau tak pun, dapat kahwin dengan budak tahfiz pun takpe, sejuk hati timah, hari hari dapat dengar dia baca surah yang dah hafal time solat, insyallah🙂

ooops, malulaaa nak cakap. TIMAH BANGGA DENGAN KORANG JADI ADEK TIMAH🙂 (senyap senyap laa siapa yang baca post ni)

thanks for reading, salam

About seciput

khalifah ALLAH
This entry was posted in family, life. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s