buat awak, yang saya kasih :)

alhamdulillah ‘ala kulli hal, never regret. never for once!

saya ada satu hadith nak share dengan awak;

“Hairan sungguh urusan orang mukmin itu, semua urusannya baik belaka; perkara ini tidak akan didapati dalam diri seseorang kecuali pada orang mukmin. Iaitu apabila dia mendapat kebahagiaan dia bersyukur dan bersyukur itu baik baginya. Apabila ia ditimpa musibah dia bersabar, dan bersabar itu adalah hal yang baik baginya.”

[Riwayat Imam Ahmad]

saya respect awak. tabik spring lagi. subhanallah. Allah masih sayang dan rindu tangisan awak. sebab tu dia uji hambanya🙂

awak,

saya tahu awak sedih,  atas apa yang berlaku. saya tahu awak terasa, atas apa yang berlaku. saya tahu awak hampir putus asa, atas apa yang berlaku. tapi ingatlah, ni semua ujian. ujian yang tak semua orang dapat rasa di kala bulan yang penuh kemuliaan ni.

saya tak reti nak susun kata kata yang boleh menghiburkan awak. malah, tak reti nak cakap apa apa pun untuk menenangkan awak. tapi saya boleh janji dengan awak, untuk sentiasa doakan awak🙂

oh, saya nak ajak awak ingat balek susur jalur hidup kita. kan kita pernah janji, untuk sama sama pimpin tangan masuk syurga? oh, sangat berharap agar hajat ni jadik kenyataan, insya Allah

jalan dakwah tidak ditaburi bunga mawar atas kapet merah, kan?

bagi saya, sebenarnya ya. ada kapet merah, dan ada bunga mawar. nak tahu kenapa?

kapet merah

“mereka itu akan diberi balasan dan tempat yang tinggi (dalam syurga) atas kesabaran mereka, dan di sana mereka akan disambut dengan penghormatan dan salam, mereka kekal di dalamnya. Syurga itu sebaik baik tempat menetap dan tempat kediaman” (25:75-76)

siapa yang biasanya lalu atas karpet merah? orang orang ternama, orang orang terkenal, tokoh tokoh, selebriti, pelakon, pengarah filem, kan kan? well, mostly orang yang well-known la, kan?

tapi, dengan syarat.

mereka ni mesti dah berjasa dan contribute sesuatu untuk dihargai. betul? macam seorang daie. well, let’s imagine, karpet merah once kita dah tamatkan tugasan kita, sebagai seorang khalifah. waktu kat padang mahsyar nanti. semua penat lelah seorang daie akan dihargai oleh allah

sesungguhnya kita nak la termasuk dalam golongan yang jalan atas karpet merah ni kelak, lepas dapat syafaat yang dijanjikan.

tak kisah la kat dunia ni, rintangan berkuasa berapa voltan sekalipun. tapi selagi kita utuh dengan tali allah. mesti allah tak sia siakan usaha kita. ingat tak pesanan yang awak selalu ingatkan saya

ingatlah, janji allah tu pasti. dia akan bayar balek, kalau bukan sekarang, pastinya kat syurga kelak, insya Allah🙂

biar jatuh sekali, tapi bangun kena lebih dari tu! seorang pengarah filem kena susah payah dan berkorban banyak benda-wang dan masa, sebelum dia lalu kat kapet merah tu. apatah lagi seorang daie yang penuh kelemahan untuk harungi dunia yang penuh fana ni. jadi, sama sama kita doa pada allah supaya kita dapat harungi semua ujian yang ditetapkannya.

there is a reason behind His plans. we can just work all out🙂

bunga mawar (penuh duri kat batang dia)

at first, i agree with the statement. however, only to an extend. i have my own reason to disagree

jalan dakwah ni, dua dua kena harungi. bunga mawar yang harum dan duri yang panjang mencucuk. sekali kita dah berikrar, kita tak boleh nak expect ada bau haruman sahaja. dan kita juga tak boleh putus harapan dengan duri panjang yang menggigit sahaja. sungguh, bukan?

hmm, well. ingatkah kita dengan kemanisan iman dikala kita “hampir” berjaya memperolehinya? ingatkah kita dengan kebestan cinta pada ilahi, dikala kita diuji? ingatkah kita dikala tiada orang perasan pada masalah kita, ada satu je tempat yang pasti ada jawapannya untuk kita mengadu?

kan semua tu harum baunya?

tapi, nak dapat semua tu tak semurah bunga tepi jalan. mahal harga mawar, kan? semua tu berbaloi dengan duri yang mencucuk!

 okeh, awak boleh tak setuju dengan teori saya. mungkin juga boleh setuju. saya, okeh je.

“wahai orang orang yang beriman, maukah aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?”(61:10)

“iaitu kamu beriman kepada allah dan rasulnya, dan berjihad di jalan allah dengan harta dan jiwamu, itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui”(61:11)

saya tahu, awak suka ayat ni. janji dengan saya, tunggu saya kat pintu syurga. saya nak join awak🙂

ingat, all we want is His redha, that’s all!

semoga kita semua tsabat di atas jalannya, hingga ke akhirnya, insya Allah!

thanks for reading

ps: doa untuk awak tak kan pernah putus, cuma jangan putus asa dengan allah, tu je. sama sama kita strive, okeh?  ;)

About seciput

khalifah ALLAH
This entry was posted in dnt, life. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s