seriously, muat ke?

awak tahu tak, berbunga hati saya waktu awak tanya tu. *senyum

dua bulan yang lalu, lebih kurang around this time la jugak, soalan yang sama pernah ditanya oleh ukhti tadi.

seriously, muat ke?

kalau tak muat saya tak de la bagi green light, awak. insya Allah, bukan selalu orang datang rumah, apatah lagi akhawat yang sentiasa dilindungi dan dirahmati allah datang untuk bermalam. tak pe tak pe, kalau tak muat, Allah muatkan untuk kita semua, itulah namanya berkat🙂

*dalam hati, saya pun wonder jugak.

hmm, bukan 11 atau 12 orang, tapi 45 ke 50 orang! habes semua akhawat kmb saya angkut la kot bawak balek rumah. haha. waktu tu my only brother dah garu kepala. mana dia nak tidur?

semoga allah berkati pengorbanan awak tinggalkan rumah untuk kami, pis😉

*pergi teman opah kami sebelah rumah, sambil membawa barang barang dia. hehe, satu malam je. jazakallah khair, nanti kami belanja makan

i miss that moment. serious. perjalanan antunna yang sepatutnya mengambil masa hanya kurang dari 30 minit menjadi, lebih kurang 4 jam!

tu bestnya tarbiyah, ni kan? bas, tukar bas, ktm, teksi. kena marah ngan pak cik india, silap jalan. tu semua tarbiyah kan? bukan tu je. saya tahu, kalau saya list kan semua perkara yang pernah berlaku, sepanjang kita kenal, mesti kita semua akan tersenyum, dan kata;

tula tarbiyah allah, terbaik punya!

walaupun sebenarnya, banyak je benda yang berlaku sepanjang perjalanan. ngantok, kram kaki, lapar, penat. tapi, kita semua akan tenangkan sesama kita semua dengan kisah sahabat rasulullah saw, dengan para sahabat. sungguh, takda pengorbanan yang lebih power dari pengorbanan mereka. wah, semoga allah berkati kita semua!

nak tahu tak kenapa saya sayang awak semua?

erk, bukan sebab sanggup datang rumah saya dan bermalam pada hari terakhir kita bergelar student kmb. malah, bukan sebab sanggup tinggalkan barang dan bermusafir jalan ke rumah saya sehelai sepinggang, sambil meninggalkan semua barang. saya repeat, semua barang untuk bawak balek rumah dan akan dibawa oleh akak akak yang datang naek kereta (tiga kereta penuh ngan barang korang je, hehe)

bukan

bukan sebab tu pun. tapi sebab antunna semua sanggup berkorban demi cinta ilahi sepanjang kita kenal. sebab saya tahu, banyak benda yang terjadi sejak kita bertekad untuk tegakkan islam. dan antunna sanggup berkeras jugak untuk still kat jalan ni, sama sama!

comel, kan?

saya teringat sorang ukhti share pasal sahabat yang digambarkan allah dalam al-quran. pastu, allah ingatkan balek dengan ciri ciri teman yang ada dalam quran kat akhirat kelak oleh sorang adek waktu kulsem. waaah, saya nak jadi macam ni

(nanti saya update balek, cari ayat tu. afwan)

mungkin kita akan berpisah berjuta juta kilometer, mungkin juga kita hanya terpisah dengan beberapa pintu rumah sahaja. tapi,kat mana mana pun kita, hanya dengan ikatan tu. kita still rasa dekat.

kerana ianya ikatan ilahi

*senyum

saya kagum dengan antunna sebab sanggup berkorban demi cinta ilahi. pengorbanan yang boleh kata, waaah. saya tahu. sebab saya sendiri menyaksikannya!

dan saya jugak tahu, halangan macam mana pun. ujian macam mana pun. malah rintangan macam mana pun. antunna semua akan still ada kat jalan ni. sebab, we hold to the same objective. redha allah

that is all we want, redha allah. nothing else

oleh itu, kalau saya jatuh, tarik saya. kalau awak jatuh, saya akan tarik jugak. kalau mereka jatuh, kita akan sama sama tarik!

insya Allah, kalau ditakdirkan allah tak jumpa di bumi ni. sama sama doa supaya kita semua boleh jumpa di syurga yang pasti. insya Allah. bersama keluarga kita; adek beradek kita, mak ayah kita, atok nenek kita. jom kita berjiran bersama. waaah🙂

okeh. ya allah, permudahkan sahabatku untuk datang rumah khamis ni. sahabat sahabat yang telah lama saya tinggalkan. huhu. mungkin dah sampai masanya. hmm

erk, tapi jangan risau, tak sebanyak hari tu pun. 7 orang je. hehe. insya Allah, tak pecah pun rumah saya🙂 hehe, just one favor, pray for my interview with Taylor’s this thursday. pray that He will help me through out the way😉

can’t wait for this thursday. mabit. malam akhawat bina iman dan taqwa. waah, dah lama tak mabit bersama akhawat.

thanks for reading.

doa semoga kita semua still tsabat di jalannya, hingga ke akhirnya!

About seciput

khalifah ALLAH
This entry was posted in dnt, general, life. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s