senyum, Allah sedang melihatmu ;)

alhamdulillah ‘ala kulli hal, never regret, never for once!

best rupanya bila kita hantar mesej random kepada teman teman kita. memang la akan habes kredit, kalau difirkan dek logik. tapi bukan kah lebih worth it bila kita dapat menggembirakan akhawat kita di kala mereka keseorangan, kebimbangan, mahupun terlebih keseronokan, mungkin. hehe. saya juga suka bila menerima mesej random seperti ni.

paling best, kalau kita dapat mendekatkan diri kita lebih kepada yang maha satu.

senyum, Allah sedang melihat timah ^^hii

sungguh random bukan? lebih random kalau kita baca mesej tu dikala keluar dari pintu exam. malah maha random lepas kita hanya mampu bertawakkal kepada allah, sebab lepas jawab exam physics (setelah ditinggalkan selama dua tahun lebih, haish)

yup, serandom ini mesej, mampu saja membuat kan saya tersenyum dan membetulkan niat balek. yang memang sebenarnya allah sedang melihat kita. setiap masa !

… (Iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksaan api neraka.” – (Ali-Imran: 191)

terima kasih atas mesej random itu tadi. ia berjaya membuatkan saya tersedar semula dari khayalan. eh. dan kembali ke alam nyata🙂

walau pun, sebenarnya saya tahu, awak bagi secara send to many, tapi saya bersyukur kerana allah memilih saya untuk terdilintas dalam fikiran awak. akibat dari ini, saya menerima mesej dari awak, dikala saya memerlukannya. alhamdulillah

bila saya memulakannya, beberapa hari yang lalu, saya juga menerima komen yang membina. eh, benda baik la kan. sebab ada banyak situasi rupanya mereka ni

  1. sedang berada dalam keseronokan yang amat sangat. sehingga seperti di sentap (walaupun bukan niat asal saya untuk menyentap)
  2. ada yang sedang kebingungan dan mencari tempat bergantung, lalu tersenyum dikala menerima mesej ini. wah, seronok bukan?
  3. ada yang kepenatan sedang membuat kerja kerja keranaNya, dan hampir mengalah, lalu tersenyum dan membetulkan niat mereka balek
  4. ada juga yang hampir putus asa dalam hidup, lalu tersenyum. kerana, dia tahu allah bersamanya (:
  5. et cetra (:

oh, ya. saya tidak mengharapkan awak membalasnya. sebab saya tahu, awak tak ada kredit. saya hanya mahu awak tersenyum dan ingat allah. tu je (:

sebab saya juga suka diingatkan seperti itu. erk, walau pun saya tahu, ada antara awak yang lebih gemar dengan mesej panjang dan padat dengan isi yang menyentuh. tapi, saya hanya mampu untuk menaip 3 perkataan;

senyum, allah bersamamu!

okeh, jom sama sama doa untuk kita semua masih tsabat di jalannya.

oh, esok saya ada interview bersama pihak UKM pandjajaran. doakan yang terbaik. jika allah menginginkan saya ke bandung kerana tarbiyah, doakan semoga dipermudahkan (sebab entrance exam dia susaaaah sangat tadi) tawakal, aman

thanks for reading

About seciput

khalifah ALLAH
This entry was posted in dnt, life, soul food. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s