moga Allah redha :)

“moga Allah redha” bisik umi. seperti saya tiada di sebelah

“hmm, sebulan dah ramadhan. moga Allah redha ramadhan kita. esok, harap kita boleh raya sesederhana yang boleh, insya Allah” bisiknya lagi.

menunggu masuknya waktu berbuka puasa. sambil mendengar radio siaran 91.5fm.

yup, saya tak nafikan. ada kemungkinan besar kami akan raya sesederhana yang boleh. pertama kali, tak beli kasut raya. pertama kali tak beli baju lebih sepasang. pertama kali tak beli stoking dan arm socks baru. pertama kali🙂

alhamdulillah. erk. sebenarnya saya juga sedih, okeh. banyak jugak target saya tergendala dek kerana masalah masalah peribadi. haish ==’

cuma saya nak kongsi satu kisah yang saya dengar dalam radio. satu kisah yang saya rasa macam nak share kat semua orang. kalau dulu kat KMB, boleh share kat kulsem (baca: kuliah sepuluh minit). sekarang saya share kat sini je laa.

hadiah hari raya🙂

satu hari, di zaman rasulullah saw. well, hari raya sebenarnya. waktu tu, semua orang bergembira. termasuk rasulullah saw.

rasulullah saw kata, hari raya, semua orang kena gembira. satu hari. hari ni je. kena gembira. jadik semua orang yang rasulullah saw jumpa hari tu, bergembira.

dalam perjalanan rasulullah saw ke masjid untuk sembahyang raya, baginda terserempak dengan seorang kanak kanak lelaki.

berseorangan dan bersedih

rasulullah pun bertanya, “kenapa engkau bersedih, wahai anak kecil?”

budak kecil tu pun jawab “bagaimana aku tidak bersedih, aku tidak ada sesiapa pun untuk menyambut bersama di hari raya ini, ayahku telah syahid di perang badar, dan ibuku telah meninggalkan ku setelah ayahku meninggal” (ada riwayat lain kata perang uhud)

rasulullah pun tanya “wahai anak kecil, sepatutnya engkau bergembira hari ini…”

anak kecil itu masih menangis, tanpa mengetahui yang bersamanya adalah rasulullah

rasulullah sambung “wahai anak kecil, mahukah kamu berbapakan muhammad bin abdullah, bersaudarakan fatimah binti muhammad, dan juga bersaudarakan hassan dan hussain sebagai adik beradik baru mu?”

waktu tu, barulah anak kecil tu tahu, yang bersamanya adalah rasulullah saw. hanya tangisan kegembiraan yang mengalir waktu tu, sambil mengangguk menerima tawaran baginda

rasulullah pun mengangkat anak kecil itu ke bahunya, sambil menangis. menangis teresak esak (saya lupa kenapa) rasanya sebab, masih ada lagi umatnya yang sedih di hari yang mulia ini :’)

baginda bawak pulang anak kecil itu dan memberinya salah satu baju hassan untuknya. lalu membawanya ke masjid untuk solat sunnat hari raya bersama baginda

subhanallah, seronoknya hadiah hari raya dia ! :’)

saya tak tahu nak cakap apa, dan share apa sebenarnya, cuma.. sangat seronok bila dengar cerita ni. semua orang dalam kereta waktu tu macam tengah potong bawang :’)

sebenarnya, kita tak nak apa sangat pun bulan ramadhan ni, kan? allah je bagi promotion yang melampau. banyak sangat dia bagi, kita je take it for granted, kan? sobs😥

saya la tu, sebenarnya.

banyak macam mana pun ibadat kita buat satu bulan yang lalu, kalau allah tak redha? hah.

moga allah redha dengan kita semua, insya allah.

oh oh oh, semoga dapat kita rasa lagi ramadhan akan datang. dan, tak lupa. semoga kita mampu survive 11 bulan akan datang dengan preparation kita yang sebulan ini. insya Allah🙂

eid mubarak, minal aidil, wal faizin !

About seciput

khalifah ALLAH
This entry was posted in dnt, general, life, soul food. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s