adaptasi

jika engkau merasa bahawa segala yang berada di sekitarmu gelap dan pekat,

tidakkah dirimu curiga bahawa engkaulah yang dikirim allah untuk menjadi cahaya bagi mereka?

berhentilah mengeluhkan keadaan kegelapaan itu,

sebab sinarmulah yang sedang mereka nantikan, maka berkilaulah

salim a. fillah

dek kerana meninggalkan segala bagai buku buku di rumah sebelum terbang ke bumi Hamka ini, kerana tidak lepas berat bagasi yang dibenarkan, terpaksa menatap buku yang sama sepanjang tiga minggu di sini. hmm. nampaknya masih tidak berjaya untuk menghabiskan buku karangan salim a. fillah, dalam dekapan ukhuwah.  heee, tapi alhamdulillah, allah masih mengurniakan masa untuk menyelami penulisan beliau.

disaat orang sibuk berborak, rupanya best jugak buku ni. selain mengendong surat cinta ke hulu ke hilir, buku ini juga tak terlepas untuk dimasukkan ke dalam beg yang di bawa ke fakultas. alhamdulillah

4 minggu-adaptasi

alhamduillah, allah masih menyayangi hambanya yang terdampar di bumi Hamka ini. di saat hati ini memberontak, Dia melegakan dengan panggilan akhawat dari serata dunia. di saat hati ni kapankan bacaan suci dari bibir luar, Dia hadirkan insan untuk berkongsi firmanNya di mass lecture bersama regular students (cool tak, takkan dapat kat tempat lain). tidak lupa juga, tidak henti henti ditanya khabar oleh akhawat local disini.

alhamdulillah, nikmat mu yang mana kamu dustakan?

masih mempunyai masalah dalam penyusunan kata kata dan idea dalam post ni. hmm, teringat teacher R ajar cama nak buat outline essay waktu kat KMB dulu. hmm. abaikan

permulaan baru buat pengembara redha ilahi di bumi hamka. sangat sukar untuk mementenkan iman. benarlah kata mereka, sila prepare sebelum pergi tempat baru.

jangan harapkan orang, kita sendiri kena topup. huhu. hah engkau, kata boleh hidup sorang, dicampaknya di tempat yang kurang ‘orang’. (nanti aja dibikin ceritanya)

kata orang, diberi olehnya adalah apa yang diperlukan oleh kita. benar

maka, hanya redha allah yang dicari. kekuatan itu miliknya, kepandaian itu miliknya, kefahaman itu miliknya :’)

salam dari bandung; pengejar cinta ilahi

About seciput

khalifah ALLAH
This entry was posted in dnt, soul food. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s