nilai null koma satu

Nilai koma Satu

Kalau di Indonesia, titik dibaca koma. Seperti 0.1 bacaannya, null koma satu. pastinya keliru buat pertama kali. Tertukar titik dan satu.

Nilai 0.1 cukup besar. Walaupun bila dilihat di pembaris, 0.1cm itu hanya sebesar…0.1cm. kena kecikkan mata baru bias baca. Tapi, cukup besar nilainya, untuk mencukupkan sebuah nilai. Dari 1.9cm. pastinya memerlukan 0.1 untuk menjadi 2.0 J err. Dapat ka?

Hari ni, saya belajar sesuatu yang baru. Hmm. Mungkin dah lama. Tapi, cukup segar setiap kali mengingati peristiwa ini.

Tiada yang lebih berharga, apatah lagi bernilai, selain tarbiyah dari langit. Tarbiyah ilahi❤

Buat sahabat sahabat yang sama kapal dengan saya, pastinya mengerti. Erm, mungkin yang pernah naik kapal macam saya..pastinya lebih mengerti, kan?

Hari ni, hari bersejarah buat semua orang. Semuanya punya pelbagai kisah yang ingin diceritakan. Semuanya punya warna warni tersendiri yang ingin dikongsi. Ini kisah saya. Kisah tarbiyah hati saya.

Tarbiyah hati saya, bernilai 0.1😉

SOCA syndrome. Pasti yang mengenalinya sudah banyak kali didiagnosis sedemikian. Tak dia, awak. Tak awak, saya..semua pernah rasa.

Untuk hari ini, buat pertama kalinya, saya terlupa concept map. Kertas flip chart saya kosong. Yang ada hanya ID patient, chief complain, dan etiology. Selebihnya, pathophysiology dan pathogenesis, tidaklah Berjaya saya perahkan keluar dari otak ini.

Oleh hal yang demikian, tanpa perlu berfikir panjang, saya sudah boleh agak, yang saya akan tidak lepas. Erti kata lain, tidak lulus (gagal macam sadis sangat..). Disebabkan ini, awal awal presentation saya, telah pun saya mohon maaf, kepada examiner, yang saya tidak Berjaya siapkan concept map, tapi saya akan cuba yang terbaik untuk membentangnya.

Sungguh, susunan allah mengatasi segalanya. Tarbiyah langit itu melebihi segalanya.

Alkisahnya, sebelum hari ini. Pastinya, usaha tidak tidur malam itu, dilakukan oleh semua orang. SOCA syndrome la katakan. Tidur tak nyenyak. Makan tak kenyang..mandi, mungkin basah. Tapi, hakikatnya, semua tahu. Yang sunnahtullahnya, yang berusaha pasti Berjaya. Maka, sebelum tu lagi, semua orang bertungkus lumus menghabiskan masa untuk mengulangkaji kes, menghafal kes. Dan melazimkan tulisan dan lidah dengan kes.

Hakikatnya, satu benda yang kita selalu lupa, adalah, kuasa allah mengatasi segalanya. Tidak kira, yang dikurniakan itu kejayaan atau kegagalan. Boleh jadi, usaha kita tidak setimpal dengan nilai yang dikurniakan. Mungkin seharusnya lebih, mungkin juga seharusnya kurang.

Tapi, semua tu diberi sebab yang paling sesuai dan terbaik buat kita.

Dan, Alhamdulillah. Saya bersyukur dengan ujian yang diberi buat saya dan teman teman. Pastinya, ianya tanda cintaNya, bukan?

Dengan teman? Yaup, dengan teman. Sebenarnya, untuk ujian hari ni, bukan saya seorang ja diuji olehNya. Ada orang lain yang juga diuji nilai cinta mereka. Nilai redha mereka.

Mungkin, buat sebahagian, ada yang perlu remedial kerana tidak melepasi nilai cut off point lulus..iaitu 56. Diuji tanda tawakkal dan redhaNya

Mungkin, ada juga sebahagian, yang diuji dengan tidak bias langsung mengambil ujian SOCA. Diuji demi menilai tahap keredhaanNya

Mungkin, ada juga sebahagian, yang diuji tanda syukurnya. Dengan nilai yang telah diperoleh..mahu compare dengan yang lain? J

Lho, kok bias diuji beda beda?

Pastinya..dan semuanya, sesuai dengan kemampuan kita J allah tu kan baik, MAHA BAIK. mana mungkin Dia mahu menzalimi kita

Tidak kira, nilai SOCA kita. Status SOCA kita. Dia menguji kita, tidak lain hanya untuk menaikkan darjat hambanya. Satu tangga lebih tinggi. Mahu terima nggak ujianNya? Satu tangga naik, beerti satu tangga lebih dekat.

Di mana kisah tarbiyah hati saya, yang bernilai 0.1? hehe

Begini, kisahnya. Sejak awal lagi, Saya sudah pun bertekad untuk tidak langsung merasai apa apa, terasa apa apa dengan segala bentuk keputusan yang dikurniakanNya. Saya cuba untuk redha, dan tawakkal.

Ini bukan sekali, saya jumpa pak cik kegagalan. Dan saya rasa, selagi soal hati redha saya belum settle, pastinya diuji. Atau mungkin juga sesuatu yang lain allah mahu tarbiyah saya. Tarbiyah yang lebih membersihkan. Makanya, saya sudah bertekad..untuk meredhai keputusanNya..

Naa, pastinya. Hamba itu pasti diuji dengan apa yang dijanji bukan? Dan sebenarnya, saya cuba untuk menerima. Dan tadi, waktu saya berdiri dihadapan examiner, peluh besar mengalir. Keputusannya, as expected.. dan saya bersyukur

Nilai null koma satu itu, diuji sebaik saya keluar dari ruang uji.

Dimana, hati saya mula tergerak. Sebesar 0.1cm (baca: null koma satu) rasa sedih. Rasa terkilan. Hati mula dipenuhi persoalan. Syaitan mula jentik jentik, nak goyahkan hati.

Aduh, ini parah. Astaghfirullah al-‘adzim

Azan. Saya bersegera langsung ke as-syifa nak solat. Takut tak tahan :’)

Usai solat, pusing belakang. Saya jumpa dengan teman teman. Yang nasibnya belum diketahui akan keputusan SOCA. Diulang. Diterima, atau tidak. Mereka langsung tidak berpeluang untuk diuji SOCAnya.

Saya? Sudahpun lepas fasa uji, hanya tunggu remedial hari khames, masih tidak bersyukur dan mahu mempersoalkan susunannya?

Istighfarlah, fatimah.

Allah punya cara tersendiri membersihkan hambanya. Dan ini kisah tarbiyah hati saya. Untuk lebih bersyukur. Lebih maju ke depan. Lebih osem dan kool dimataNya

Buat teman teman, mari kita ambil ni sebagai tarbiyah yag membersihkan. Ada sesuatu yang allah nak kita belajar. Kalau yang ada remedial, allah mungkin nak ajar kita usaha lebih gigih. Kalau yang remedial kali ke dua. Allah mungkin nak ajar kita double gigih, sebab dia sayang korang lebih. Buat yang yang akan ambil sekalian dengan yang lain hari khames, mungkin allah nak bersihkan kita. Buat yang keputusannya tidak seperti yang diinginkan, mungkin allah nak uji tanda syukur kita.

Baik, kan allah? Dia akan sentiasa uji, baik senang baik susah. Hanya untuk hamba yang dia sayang. Supaya lebih bersih hatinya, dan lebih dekat denganNya

Okeh. Sekarang, di bumi tarbiyah jatinangor, sedang hujan. Jom doa😉

Semoga allah membasahkan hati kita, seperti basahnya bumi bandung ini❤

Saya yang penuh noda,

Saja nak berkongsi😉

Chaiyok chaiyok teman

About seciput

khalifah ALLAH
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to nilai null koma satu

  1. nur says:

    akak.. post la lagi…rindunya kat akak:’)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s