pelukan hidayah

alhamdulillah, ‘ala kulli hal. ‘ala kulli nikmah

semoga allah menerima setiap amalam kita, dan niat kita.

jazakillah khayr ukthi, atas perkongsian tempoh hari. rasa seperti menggetarkan jiwa, dan membasahkan. biarlah airmata menjadi saksi kita semua.

pelukan hidayah.

saya yakin, semua pasti pernah merasainya, sedar atau tidak. yang membezakan adalah masa dan tempat.

inilah yang menggerakkan rasulullah. yang membekalkan rasulullah. dan menghidupkan ‘ruh’ rasulullah.

allahumma solli ‘ala saidina muhammad.

pelukan pertama jibrail kepada rasulullah. penuh makna. penuh simbolik

di saat itulah, pertama kali rasulullah bertemu dengan jibrail. di saat itu juga, pertama kali rasulullah menerima wahyu. disaat itu juga, rasulullah merasakan akan ada satu bebanan yang akan dipikul untuk hari hari mendatang. disaat itu lah, rasulullah merasakan, telah berlalu masa tidur baginda.

nah, itulah saatnya, baginda tahu.. tujuan hidup. tujuan kita semua hidup!

**
beban hidup, bersama dakwah. beban dakwah itu

“Sesungguhnya Kami (Allah) akan menurunkan kepada engkau perkataan yang berat” (73:5)

apa yang berlaku lepas tu? sosok tubuh yang dikenali ramai dengan akhlaq mulianya, amanahnya, ihsannya, budi pekertinya, jujurnya baginda. saat menyampaikan kalimah esa tauhid..di saat itu juga, ramainya orang mencemuh, mencerca, menghina dan segala macam penghinaan. huu

namun, sangat sedikit yang mengikut dan membenarkan. semoga allah merahmati mereka

persoalannya, bagaimana baginda bisa mengharungi semua itu? ada preparation ke yang allah bagi dan sediakan sebelum tu?

ada

kalau kita tengok, dan menyelusuri sirah rasulullah. yang digariskan mustafa sibae dan ramadhan albuti. setiap satu peristiwa sejak sebelum baginda dilahirkan adalah persediaan dan tarbiyah. persediaan yang cukup rapi, malah lengkap. allahu akbar.

sebenarnya kita juga begitu, tanpa disedari. setiap satu perstiwa adalah persediaan dan tarbiyah🙂

termasuklah peristiwa pertama rasulullah menerima wahyu. bertemu dengan jibrail. dan menerima satu pelukan yang sangat hebat.

itulah pelukan hidayah. pelukan pertama rasulullah

simboliknya? itulah pelukan semangat yang diterima rasulullah. disaat itu, baginda sedar yang akan berlaku pelbagai rintangan dan mehnah ujian.

pelukan yang saat erat dan menyesakkan itu, adalah sebenarnya sentuhan pertama rasulullah ditarbiyah. sentuhan basah dan menggerakkan.

sesak sampai nak nangis? sesak sampai batuk? sesak sampai nak pengsan..?sesak itulah yang kita akan ingat sampai bila bila

macam kita. pasti ada satu moment, yang menyesakkan kita. tapi berjaya menggerakkan kita. sentuhan pertama itu, berjaya mengeluarkan kita dari comfort zone sebenar. sentuhan itu juga telah membekali kita untuk mengharungi hampir semua mehnah dan ujian,

yang satu masa dahulu..kita rasa macam impossible dan tak mampu

hakikatnya, sebenarnya..kita mampu je. kalau kita dibekali dengan bekalan yang cukup dan betul

kalau ikut mustafa mashur, dalam bekalan di jalan dakwah, beliau menggariskan yang pertama adalah keimanan yang jitu dan bersih, dan untuk menggapaainya..mestilah ada ma’iyatullah (baca: kebersamaan dengan allah)

**
dan aku, di saat ini. sangat lost dan keliru. keliru dengan keadaan sekeliling. keliru dengan gerak kerja semuaorang. rasa down dan putus asa sering menerpa dan bertanya khabar. masalah hati, tak payah cakap la. nasib cinta dunia dan takut mati belum menjengah. masih otw barangkali. na’udzubillah T.T

entahlah.

dan waktu yang sama, sangat merindukan pelukan hidayah. pelukan pertama itu. pelukan yang menggerakkan dan membersihkan itu.

dan aku akan memulakan pencarian itu semula. semoga allah memudahkan dan meredhainya.

counting days **

wallahu a’alam
ps: doakan aku mati, di puncak keimanan paling tinggi. dan kamu juga. jzkk

About seciput

khalifah ALLAH
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s