alhamdulillah.
tiada pujian yang lebih suci, dan hanya layak pada sang ilahi- alhamdulillah
post pasca peperiksaan.
seminggu berlalu. ada masa rasa menyesal. ada masa rasa puas. harapannya, moga diterima segala amal picisan itu.
perasaan seperti ini selalu rasa. terutamanya lepas exam. ni first exam kami. perasaan bercampur baur. allah je tahu. pandang kiri pandang kanan, siapa yang berada dalam bot sama dengan saya pasti merasainya. dah lama tak exam. dah lama tak rasa perasaan bergantung tahap kritikal macam ni. eh
sebenarnya, ini bukan lah exam yang paling menakutkan saya. yang paling menakutkan saya adalah spm. tapi, bila masuk kmb, kita rasa exam ib paling susah. bila kita masuk university, kita rasa exam midsem pertama paling susah (setelah tinggal berkarat, se;ama beberapa lama) kan kan. rupanya, hidup ni macam tangga allah susun. pernah kita rasa hidup kita makin senang? hmm
saya mahu share satu benda, satu benda yang dah lama tak menyentap hati saya. ianya berlaku satu masa ketika selepas exam SOOCA saya (exam oral yang sangat menakutkan) tapi alhamdulillah lepas 🙂
membuatkan saya sedar yang saya mungkin boleh menipu diri saya sendiri. saya harap awak tak 🙂
dipendekkan, sesiapa sahaja yang akan menduduki peperiksaan, pasti titik titik peluh besar akan mengalir laju, kalau kita sangaaaaat la takut, kan? kita akan rasa kita tak mampu nak buat. dan kita rasa macam kalau boleh kita tak nak ambil pun peperiksaan tu. kertas MDE yang perlu dihitamkan itu (macam exam bulat bulat tu, atau lebih mesra dengan MCQ), boleh tahan lagi, bukan? ni, kena bentang kes yang telah dipelajari selama beberapa minggu yang lalu, dihadapan mereka yang dorsen (lecturer) yang kita tak pernah jumpa, bersama muka psycho mereka yang menakutkan, betul? alhamdulillah, hee saya dapat la dorsen yang baik.
eh, tapi bukan itu ceritanya. yang di cerita, di saat saya sedang menjalani ujian itu. ketika allah menguji saya dengan tahap kebergantungan padanya. waktu tu, saya rasa macam hati kat dalam ni menjerit jerit mintak tolong. waktu tu rasa macam allah je boleh tolong. waktu tu rasa macam, kalau boleh bagi lepas pun jadilah. rasa tak macam tu?
hmm, mungkin awak tak. saya je kot. yang saya tahu, allah melihat segala yang berlaku. yang saya tahu, allah bersama aku :’)
sambil menunggu keputusan SOOCA, lidah tak berhenti henti doa. zikir apatah lagi berselewat. rasa macam nak nangis je. tapi muka menten kool je la kalau tengok dari luar ==’
seram menunggu, saya tak tahu macam mana nak gambarkan. kalau ada yang menangis menunggu, cuba bayangkan keadaan begitu..hmm, begitu tingginya kebergantungan saya waktu tu. yang saya tahu, allah maha mendengar
dipanggil masuk, berdiri. peluh titik maseh mengalir dalam bilik yang beraircond itu. well, you did okay. and alhamdulillah, you passed. but it is a B. but it is okay for the first time. congratulations 🙂
alhamdulillah, hati berbunga bunga. rasa macam allah dengar doa saya tadi :’)
perjalanan balek, tiada ungkapan yang lebih ringan melainkan alhamdulillah. sungguh.
eh, tu pun bukan cerita yang saya nak share..
pulang ke bale (asrama) berjumpa dengan teman teman yang lain. bertukar cerita, dan rupanya. ramai yang dapat A. alhamdulillah dan tahniah buat korang 🙂
tiba tiba, syaitan ni tak lepas pulak amek peluang yang ada. adeh. di cucok cucok dengan perasaan tak puas hati. dengan perasaan tak sedap hati. dan perasaan cemburu. haish, sungguh penyakit hati itu menyakitkan 😥
astaghfirullah al adzim. bila pulang ke kamar baru saya sedar. ya allah, aku lupa. sungguh aku lupa.
astaghfirullah
astaghfirullah
astaghfirullah
adakah aku bermain tali dengan engkau? 😥 ampunkan aku ya allah
tidak puaskah, aku dengan rezeki yang dah dapat? dengan keputusan B yang diberi. tidak bersyukur kah aku, dikala saat berpaut pada talinya tadi, bisikan hatimu didengari? malah dimaqbulkan on the spot. tidak bersyukurkah aku dengan segalanya?
astaghfirullah. betapa hinanya diri ni. bagi betis, nak peha? bukan kah B itu lebih baik untuk keadaan mu sekarang, fatimah? belum tentu A itu baik untuk kamu. *sigh
itu satu. ada yang lebih besar yang saya takut.
keebergantungan bermusim. pernah dengar?
sebenarnya ini lebih saya takut. kebanyakan manusia lupa yang allah ada setiap masa. bukan di waktu exam sahaja 😥
ibarat sang monyet dan sang pohon;
tinggalnya sang monyet di pohon. tempatnya berehat, tempat mencari makan, tempat bergantung untuk segalanya. ditakdirkan satu hari, angin yang kuat datang, dipautnya sang monyet di pohon tersebut. datang pula hujan, dipautnya lebih kuat di pohon untuk berteduh. diujinya lagi dengan taufan seperti katerina gitu. apa lagi, lagi dipeluk dengan eratnya pada pohon itu. sebagai tempat bergantung.
hujan berhenti. suasana kembali tenang. di lepaskan sang monyet, dirinya dari pohon tersebut. lalu pergi meninggalkan pokok untuk meneruskan hidup. tinggal lah sang pohon. perginya sang monyet dan dicarinya pohon lain ketika dia butuhkan tempat berlindung
eh. get what i mean? hmm. saja nak share. sudah lama saya tak ditegur allah dengan sebegini rupa. saya rindu sangat itu. dan saya tahu, sekarang allah juga sedang melihat kita semua :’)
saya tahu saya hanya manusia biasa yang penuh noda dan dosa. sobs
jom sama sama doa untuk sentiasa perbaiki diri. moga esok kita tak jatuh dalam lubang yang sama. semoga kekal tsabat, ye sayang. allah hu rabbi 🙂
-saya yang banyak dosa. doakan saya kekal pencarian untuk membersihkan
salam dari j-town,
jatinangor, bandung 🙂